f
Kek Lapis Sarawak

Sunday, August 25, 2013

Pertanyaan F.A.Q

| |
Bagi memastikan perkhidmatan dan produk kami 'Kek Lapis Sarawak Aura Emas' memenuhi spesifikasi dan permintaan pelanggan, di sini kami senaraikan beberapa soalan dan jawapan bagi pertanyaan yang sering diutarakan oleh pelanggan ke bahagian khidmat pelanggan kami. Di harap garis panduan yang kami sediakan ini dapat serba sedikit memberi penjelasan dan penerangan kepada anda semua. Sekiranya anda mempunyai persoalan atau kemusykilan yang lain, sila tinggalkan mesej anda pada kekotak 'comment' yang disedikan. Kami akan sentiasa cuba memberi penerangan yang tepat dan jelas kepada anda selaku pelanggan kami yang dihormati.  

Q : Dimanakah produk Kek Lapis Sarawak Aura Emas dihasilkan?
A : Kek Lapis Sarawak Aura Emas dihasilkan di Jalan Kempas, Johor Bahru. (Bersebelahan Hospital Permai)

Q : Siapakah yang menghasilkan Kek Lapis Sarawak Aura Emas?
A : Kek Lapis Sarawak Aura Emas dihasilkan sendiri oleh Pn. Salmiah Salleh yang berasal dari Kampung Sri Tajo, Kota Samarahan, Sarawak. Semua Kek Lapis yang dihasilkan adalah mempunyai keaslian rasa Kek Lapis dari bumi kenyalang dan dihasilkan secara 100% 'Home Made'.

Q : Adakah pembuatan Kek Lapis Sarawak Aura Emas daripada butter atau margerin?
A : Kek Lapis Sarawak Aura Emas adalah kek lapis bermutu tinnggi dan tidak menggunakan margerine. Kek Lapis Aura Emas dihasilkan dengan adunan 'Butter' sahaja. Kami menggunakan butter Anchor & Buttercup. Kek Lapis Aura Emas TIDAK dihasilkan menggunakan' Golden Churn'

Q : Berapa lama Kek Lapis Sarawak Aura Emas boleh bertahan?
A : Kek Lapis Aura Emas boleh bertahan sehingga DUA bulan dalam freezer(tanpa beku) dan dapat bertahan sehingga LIMA hari jika diletakkan pada suhu bilik.(jika diletakkan terus tanpa dimasukkan dlm freezer)

Q : Adakah Kek Lapis Sarawak Aura Emas mempunyai bahan pengawet?
A : Demi kepentinga kesihatan dan mutu rasa, Kek Lapis Sarawak Aura Emas tidak menggunakan sebarang bahan pengawet dalam penghasilannya. 

Q : Berapa lama tempoh untuk dihantar setelah pembayaran dibuat?
A : Penghantaran produk mengambil masa 2 - 4 hari selepas pembayaran dibuat dan bergantung pada jumlah dan jenis kek yang di tempah. 

Q : Adakah terdapat kos penghantaran sekiranya pelanggan mengambil sendiri produk Kek Lapis Aura Emas dari panel jualan?
A : Tiada kos penghantaran dikenakan sekiranya pelanggan datang sendiri /self collect untuk mengambil kek daripada panel jualan. Self Collect boleh dilakukan di pasaraya @Mart, Kempas, Johor Bahru atau di pasaraya Maslee, Taman Dahlia, Johor Bahru.

Q : Adakah terdapat harga istimewa ditawarkan kepada pelanggan yang membuat tempahan Kek Lapis Sarawak Aura Emas dala kuantiti yang banyak?
A : Ya! Kami aka memberi harga istimewa kepada pelanggan yang membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak. Untuk mengetahui harga istimewa ini, sila SMS tempahan anda terus ke nombor 019-8799856. Pemborong juga amat dialu-alukan.


P/S: Kepada pelanggan yang dihargai, sekiranya anda mempunyai persoalan lain yang berkaitan dengan produk kami 'Kek Lapis Sarawak Aura Emas sila mesej kepada kami melalui ruangan 'Comment' dibawah. 

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.