f
Kek Lapis Sarawak

Thursday, May 2, 2013

Kek Lapis Sarawak - Kek Lapis Masam Manis

| |

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS



Bahan-Bahan Kek Lapis Masam Manis

1. 450 g mentega
2. 190 g gula halus (mat guna 150g)
3. 10 biji telur gred A
4. 300 g biskut "Marie", dikisar halus
5. 1 tin kecil susu pekat manis
6. 85 g seri kaya
7. 1 camca teh esen vanilla
8. 2 bungkus asam manis (Haw Flakes), setiap bungkus ada 10 pack
9. 1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning


Cara membuat Kek Lapis Masam Manis

1. Panaskan oven pada suhu 180C dengan api atas dan bawah.
2. Lenser loyang dengan mentega serta alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
3. Pukul mentega bersama gula halus hingga putih sambil masukkan telur satu persatu
4. Pukul adunan tersebut hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Teruskan memukul adunan sehingga sebati.
5. Perlahankan kelajuan memukul adunan, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis
6. Tuang esen vanilla ke dalam adunan dan gaul hingga semua rata.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan masukkan  pewarna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian.
8. Kacau sehingga rata.
9. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning dan bakar hingga masak.
10. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning dan Susun haw flakes.Bakar hingga masak.(kali ini tukar pada api "grill" sahaja)
11. Ulang langkah yang sama untuk lapisan hijau dan merah.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.