f
Kek Lapis Sarawak

Thursday, November 7, 2013

| |
0 comments
Lama tak update blog ni,rindu pula rasanya...sini kita nak kongsikan tip-tip untuk membuat kek..di harap dengan perkongsian ini akan memberi peransang untuk pembuat-pembuat kek akan bersemangat semula bila nampak kek cantik2 dan gebu2 belaka.

TIP2 MEMBUAT KEK GEBU 


·                     Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada yg arif atau tuan empunya resepi.
·                     Sediakan bahan2 yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mixer, dan bahan2 lain yg di perlukan untuk membuat kek.
·                     Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
·                     Bahan2 kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan yg telah di ayak.
·                     Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan mentega.
·                     ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari suhu panas.
·                     Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
·                     Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan baking paper. 
·      Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
·       Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar. Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek rosak.
·       Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2 sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
·        Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dgn kertas aluminium foil.
·        Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.
·        Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
 .   Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna biskut itu telah di bakar sempurna


Read More

Sunday, August 25, 2013

Pertanyaan F.A.Q

| |
0 comments
Bagi memastikan perkhidmatan dan produk kami 'Kek Lapis Sarawak Aura Emas' memenuhi spesifikasi dan permintaan pelanggan, di sini kami senaraikan beberapa soalan dan jawapan bagi pertanyaan yang sering diutarakan oleh pelanggan ke bahagian khidmat pelanggan kami. Di harap garis panduan yang kami sediakan ini dapat serba sedikit memberi penjelasan dan penerangan kepada anda semua. Sekiranya anda mempunyai persoalan atau kemusykilan yang lain, sila tinggalkan mesej anda pada kekotak 'comment' yang disedikan. Kami akan sentiasa cuba memberi penerangan yang tepat dan jelas kepada anda selaku pelanggan kami yang dihormati.  

Q : Dimanakah produk Kek Lapis Sarawak Aura Emas dihasilkan?
A : Kek Lapis Sarawak Aura Emas dihasilkan di Jalan Kempas, Johor Bahru. (Bersebelahan Hospital Permai)

Q : Siapakah yang menghasilkan Kek Lapis Sarawak Aura Emas?
A : Kek Lapis Sarawak Aura Emas dihasilkan sendiri oleh Pn. Salmiah Salleh yang berasal dari Kampung Sri Tajo, Kota Samarahan, Sarawak. Semua Kek Lapis yang dihasilkan adalah mempunyai keaslian rasa Kek Lapis dari bumi kenyalang dan dihasilkan secara 100% 'Home Made'.

Q : Adakah pembuatan Kek Lapis Sarawak Aura Emas daripada butter atau margerin?
A : Kek Lapis Sarawak Aura Emas adalah kek lapis bermutu tinnggi dan tidak menggunakan margerine. Kek Lapis Aura Emas dihasilkan dengan adunan 'Butter' sahaja. Kami menggunakan butter Anchor & Buttercup. Kek Lapis Aura Emas TIDAK dihasilkan menggunakan' Golden Churn'

Q : Berapa lama Kek Lapis Sarawak Aura Emas boleh bertahan?
A : Kek Lapis Aura Emas boleh bertahan sehingga DUA bulan dalam freezer(tanpa beku) dan dapat bertahan sehingga LIMA hari jika diletakkan pada suhu bilik.(jika diletakkan terus tanpa dimasukkan dlm freezer)

Q : Adakah Kek Lapis Sarawak Aura Emas mempunyai bahan pengawet?
A : Demi kepentinga kesihatan dan mutu rasa, Kek Lapis Sarawak Aura Emas tidak menggunakan sebarang bahan pengawet dalam penghasilannya. 

Q : Berapa lama tempoh untuk dihantar setelah pembayaran dibuat?
A : Penghantaran produk mengambil masa 2 - 4 hari selepas pembayaran dibuat dan bergantung pada jumlah dan jenis kek yang di tempah. 

Q : Adakah terdapat kos penghantaran sekiranya pelanggan mengambil sendiri produk Kek Lapis Aura Emas dari panel jualan?
A : Tiada kos penghantaran dikenakan sekiranya pelanggan datang sendiri /self collect untuk mengambil kek daripada panel jualan. Self Collect boleh dilakukan di pasaraya @Mart, Kempas, Johor Bahru atau di pasaraya Maslee, Taman Dahlia, Johor Bahru.

Q : Adakah terdapat harga istimewa ditawarkan kepada pelanggan yang membuat tempahan Kek Lapis Sarawak Aura Emas dala kuantiti yang banyak?
A : Ya! Kami aka memberi harga istimewa kepada pelanggan yang membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak. Untuk mengetahui harga istimewa ini, sila SMS tempahan anda terus ke nombor 019-8799856. Pemborong juga amat dialu-alukan.


P/S: Kepada pelanggan yang dihargai, sekiranya anda mempunyai persoalan lain yang berkaitan dengan produk kami 'Kek Lapis Sarawak Aura Emas sila mesej kepada kami melalui ruangan 'Comment' dibawah. 
Read More

Tuesday, July 30, 2013

Borang Tempahan

| |
0 comments
Terima Kasih atas minat anda pada produk Kek Lapis Sarawak Aura Emas. Kami amat mengalu-alukan kesudian anda untuk berurusan dengan kami. Kami juga sentiasa bersedia memastikan pelanggan kami memperolehi perkhidmatan dan produk yang memuaskan.

Untuk membuat tempahan anda perlu membuat bayaran (harga produk beserta kos penghantaran) ke akaun Cimb bank atas nama SAZI CAKE HOUSE di ACC NO: 01140000624105 dan mengisi borang yang disediakan seperti yang tertera di bawah. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan status produk atau latar belakang syarikat kami, sila klik di SINI untuk ke paparan laman Tentang Kami atau klik di SINI untuk ke paparan laman F.A.Q.


Bayaran hendaklah dibuat ke akaun seperti berikut:
SAZI CAKE HOUSE ACC NO: 01140000624105


JADUAL KOS PENGHANTARAN:
Produk Super Pack:
RM7.00 untuk 1 hingga 2 biji
RM9.00 untuk 3 biji
RM16.00 untuk 4 hingga 5 biji
RM18.00 untuk 6 biji
& tambahan RM2.50 untuk setiap biji berikutnya.

JADUAL KOS PENGHANTARAN:
Produk Mega Pack:
RM10.00 untuk 1 biji
RM18.00 untuk 2 biji
RM24.00 untuk 3 biji
& tambahan RM6.00 umtuk setiap 1 biji berikutnya.


Setelah anda membuat bayaran dan mengisi borang di atas, sila SMS 'TEMPAHAN KLAE' ke nombor 019-8799856. Kami akan menghubungi anda untuk menguruskan penghantaran. Penghantaran biasanya mengambil masa DUA hari bekerja.

Sekian, Terima Kasih.
Read More

Senarai Harga

| |
0 comments
Terima Kasih atas minat anda ke atas Produk Kek Lapis Sarawak kami. Untuk pengetahuan semua, pihak kami menyediakan beberapa kategori Produk Kek Lapis Sarawak bagi memenuhi keperluan dan 'budget' pelanggan kami yang dihargai. Kami juga sedang melakukan Kajian dan Pembangunan produk dalam memastikan produk kami memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan sepenuhnya. Sekiranya anda ada sebarang cadangan yang membina, sila salurkan kepada kami.

Pada asasnya, Produk yang ditawarkan di Kek Lapis Aura Emas terbahagi kepada TIGA kategori. Kategori tersebut adalah seperti yang tertera pada foto dibawah:


KATEGORI PRODUK KEK LAPIS SARAWAK AURA EMAS

Kategori Produk : Cute Pack
Saiz Produk : 4" x 2.6" x 3"
Berat Produk : 250 Gram / 300 Gram. Harga Produk : RM10.00 / RM15.00

Catatan: Kategori 'Cute Pack' amat sesuai dijadikan snek semasa menonton tv atau melayari internet di rumah. Selain dari itu saiz pack ini sesuai untuk dijadikan buah tangan semasa melawat keluarga atau dijadikan 'Door Gift' kepada tetamu yang bertandang ke rumah.
TEMPAH SEKARANG!


Kategori Produk : Super Pack
Saiz Produk : 8" X 2.6" X 3"
Berat Produk : 500 Gram / 600 Gram
Harga Produk : RM20.00 / RM25.00

Catatan: Kategori 'Super Pack' dicadangkan kepada pelanggan yang ingin mencuba kelainan semasa menghidang tetamu yang bertandang ke rumah. Saiznya yang mencukupi untuk di dihidangkan kepada 5 ke 6 orang dewasa. Ia juga sesuai dijadikan buah tangan semasa melawat sanak saudara.
TEMPAH SEKARANG!



Kategori Produk : Mega Pack
Saiz Produk : 8" X 8" X 2.6"
Berat Produk : 1.5Kg / 1.6 Kg.
Harga Produk : RM60.00 / RM70.00

Catatan: Kategori 'Mega Pack' adalah pilihan terbaik untuk hidangan semasa majlis besar seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, dan Majlis Perasmian. Ia juga sesuai dijadikan Kek Hantaran Pertunangan dan dijadikan Kek Harijadi. Saiz Kek ini sesuai untuk hidangan kepada 10 ke 20 orang dewasa.
TEMPAH SEKARANG!


KATALOG HARGA KEK LAPIS SARAWAK AURA EMAS



Untuk membuat tempahan sila ke halaman TEMPAHAN

Untuk menghubungi kami sila ke halaman HUBUNGI KAMI

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami sila ke halaman TENTANG KAMI

Read More

Thursday, May 9, 2013

Kek Lapis Sarawak -

| |
0 comments

Kek Lapis Sarawak Foto Kek Lapis
Harga Mini Kek
Harga Mega Kek
Saiz (8" x 2.6" x 2.3")
Saiz (8" x 8" x 2.3")
Kek Lapis Horlicks
Kek Lapis 1 Malaysia
Kek Lapis Masam Manis
Kek Lapis Idola
Read More
Powered by Blogger.