f
Kek Lapis Sarawak

Wednesday, May 1, 2013

Tentang Kami - Kek Lapis Sarawak Aura Emas

| |
Bismillahhirrahmanirrahim,

Asslamualaikum Warrahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Datang kepada semua ke laman blog Kek Lapis Sarawak Aura Emas. Pertama sekali, kami ingin memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana atas kurnia dan izinnya maka kami dapat mengadakan laman blog yang tidak seberapa ini dalam usaha kami meningkatkan lagi pemasaran dan memenuhi permintaan para peminat Kek Lapis Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia. Kami berbesar hati kerana anda sudi meluangkan masa untuk melawat halaman blog kami dan kami sentiasa berusaha dalam memastikan agar kami dapat memberikan informasi dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Laman Blog Kek Lapis Sarawak Aura Emas ini adalah laman blog yang banyak menyediakan informasi berkaitan dengan Kek Lapis Sarawak serta menyediakan perkhidmatan tempahan Kek Lapis Sarawak sepanjang tahun. Laman blog ini adalah hak milik sebuah syarikat bumiputera 'Sazi Cake House' yang diasaskan oleh anak jati Bumi Kenyalang iaitu Puan Salmiah Binti Salleh. Beliau berasal dari Kampung Sri Tajo, Kota Samarahan, Sarawak. Sazi Cake House didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Johor Bahru pada 12 May 2013 dengan nombor pendaftaran JM0658536-T.

Aura Emas adalah salah satu 'branding' yang digunakan oleh syarikat Sazi Cake House dalam memastikan pelanggannya dapat melihat kelainan dan keunikan sebenar Kek Lapis Sarawak keluarannya. Ini juga bertujuan memastikan pelanggan tidak terkeliru dengan Kek Lapis Sarawak keluaran syarikat yang lain. Sazi Cake House beroperasi di bandar Johor Bahru. Pembuatan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan oleh Sazi Cake House adalah berkualiti tinggi kerana ia dihasilkan secara 'Home Made' dan mempraktikkan penghasilan daripada resepi asli turun temurun dari negeri Sarawak yang diwarisi oleh Pn. Salmiah daripada generasi yang terdahulu. Rahsia resepi yang digunakan oleh Pn.Salmiah telah menjadikan Kek Lapis Sarawak Aura Emas mempunyai peminatnya yang tersendiri di Semenanjung Malaysia. Ini kerana kelainan rasanya yang sangat ketara.

Untuk menikmati rasa Kek Lapis Sarawak tradisional yang asli, kini anda tidak perlu membuat tempahan dari Kuching Sarawak kerana semuanya telah tersedia di sini. Kami di Kek Lapis Sarawak Aura Emas akan memastikan anda mendapat Kek Lapis Sarawak yang benar-benar segar dari Oven. Teruskan melayari laman blog kami untuk mengetahui banyak lagi keunikan dan keistimewaan produk Kek Lapis Sarawak keluaran kami.


Ikhlas,










Salmiah Binti Salleh

Pemilik Sazi Cake House
(Pengasas Kek Lapis Sarawak Aura Emas)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.