![]() |
Saturday, May 4, 2013
Kek Lapis Sarawak - Resepi Kek Lapis Idola
|
6:29 AM
|
|
RESEPI KEK LAPIS IDOLA
HARGA YANG KAMI TAWARKAN untuk KEK LAPIS IDOLA:
Cute Pack (4" x 2.6" x 2.5" / 300 Gram) RM 15.00
Super Pack (8" x 2.6" x 2.5" / 600 Gram) RM 25.00
Mega Pack (8" x 8" x 2.5" / 1.5 Kg) RM 75.00
TEMPAH SEKARANG!
Bahan-bahan Kek Lapis Idola
1. 10 biji telur
2. 16 oz mentega
3. 200 gm horlick
4. 80 gm sri kaya
5. 50 gm serbuk santan
6. 600 gm coklat masak
7. 1 tin kecil susu manis
8. ½ gelas milo
9. 1 ½ gelas gula halus
10. 2 gelas tepung hong kong/tepung halus
11. 1 sudu vanilla
12. pewarna kuning
Cara-cara membuat Kek Lapis Idola
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan gaul sehingga rata
3. Masukkan horlick, sri kaya, serbuk santan, susu, tepung hong kong dan vanilla
4. Gaulkan adunan tersebut sehingga rata dan masukkan pewarna kuning.
5. Asingkan adunan tersebut kepada dua. (Satu bahagian untuk 5 lapisan bawah dan satu bahagian untuk 5 lapisan atas)
6. Bakar lapisan kuning lapis demi lapis sehingga 5 lapis.
7. Masukkan milo dan cokelat kemudian bakar.
8. Ulang langkah enam untuk membuat 5 lapis bahagian atas.
Sebagai tanda penghargaan anda atas perkongsian resepi Kek Lapis di atas, sila LIKE'S Facebook fan page kami di Kek Lapis Aura Emas.
Terima Kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
4 comments:
Assalamualaikum,mohon izin kongsi resipi kitak.Terima kasih
cam ni cara mun kamek maok tempah kek kitak dlm saiz kecik/loaf
Mohon share
Kmk ada polah juak resepi serupa, harap boleh la tengok resepi kmk dan komen..
http://keklapisborong.blogspot.com/2024/10/Resepi-Kek-Lapis-Sarawak-Idola.html
terima kasih banyak
Post a Comment