f
Kek Lapis Sarawak

Thursday, May 9, 2013

Kek Lapis Sarawak -

| |
0 comments

Kek Lapis Sarawak Foto Kek Lapis
Harga Mini Kek
Harga Mega Kek
Saiz (8" x 2.6" x 2.3")
Saiz (8" x 8" x 2.3")
Kek Lapis Horlicks
Kek Lapis 1 Malaysia
Kek Lapis Masam Manis
Kek Lapis Idola
Read More

Saturday, May 4, 2013

Kek Lapis Sarawak - Resepi Kek Lapis Idola

| |
4 comments

RESEPI KEK LAPIS IDOLA


HARGA YANG KAMI TAWARKAN untuk KEK LAPIS IDOLA:
Cute Pack (4" x 2.6" x 2.5" / 300 Gram) RM 15.00
Super Pack (8" x 2.6" x 2.5" / 600 Gram) RM 25.00
Mega Pack (8" x 8" x 2.5" / 1.5 Kg) RM 75.00
TEMPAH SEKARANG!

Bahan-bahan Kek Lapis Idola

1. 10 biji telur
2. 16 oz mentega
3. 200 gm horlick
4. 80 gm sri kaya
5. 50 gm serbuk santan
6. 600 gm coklat masak
7. 1 tin kecil susu manis
8. ½ gelas milo
9. 1 ½ gelas gula halus
10. 2 gelas tepung hong kong/tepung halus
11. 1 sudu vanilla
12. pewarna kuning


Cara-cara membuat Kek Lapis Idola

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan gaul sehingga rata
3. Masukkan horlick, sri kaya, serbuk santan, susu, tepung hong kong dan vanilla
4. Gaulkan adunan tersebut sehingga rata dan masukkan pewarna kuning.
5. Asingkan adunan tersebut kepada dua. (Satu bahagian untuk 5 lapisan bawah dan satu bahagian untuk 5 lapisan atas)
6. Bakar lapisan kuning lapis demi lapis sehingga 5 lapis.
7. Masukkan milo dan cokelat kemudian bakar.
8. Ulang langkah enam untuk membuat 5 lapis bahagian atas.

Sebagai tanda penghargaan anda atas perkongsian resepi Kek Lapis di atas, sila LIKE'S Facebook fan page kami di Kek Lapis Aura Emas.

Terima Kasih.
Read More

Kek Lapis Sarawak - Resepi Kek Lapis Satu Malaysia

| |
0 comments
RESEPI KEK LAPIS SATU MALAYSIA


HARGA YANG KAMI TAWARKAN untuk KEK LAPIS SATU MALAYSIA:
Cute Pack (4" x 2.6" x 2.5" / 300 Gram) RM 10.00
Super Pack (8" x 2.6" x 2.5" / 600 Gram) RM 20.00
Mega Pack (8" x 8" x 2.5" / 1.5 Kg) RM 60.00
TEMPAH SEKARANG!

Bahan-bahan Kek Lapis Satu Malaysia

1. 160z / 450g mentega (golden churn)
2. 10 biji telur ayam
3. 250 gula halus
4. 350 tepung hongkong
5. 1/2 tin kecil susu manis
6. 1 tin kecil serikaya
7. 1 1/2 sudu makan ovellette
8. 1 botol/peket kecil horlicks original
9. 100g ceri hijau
10. 100g ceri merah
11. 2 oz air sejuk (dari peti sejuk)


Cara-cara membuat Kek Lapis Satu Malaysia

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan putih
2. Masukkan semua telur sebiji demi sebiji.
3. Pukul adunan pada kelajuan sederhana,sambil masukkan susu,serikaya,ovellette,horlicks,tepung hongkong dan air sejuk.
4. Setelah adunan sebati,asingkan adunan kepada 4 bahagian/warna >i)merah,(ii)kuning,(iii)warna asal(putih) dan (iv)biru
5. Bakar adunan lapis demi lapis mengikut warna.
6. Setiap lapis taburkan ceri di atasnya.
7. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan habis dibakar.

Sebagai tanda penghargaan anda atas perkongsian resepi Kek Lapis di atas, sila LIKE'S Facebook fan page kami di Kek Lapis Aura Emas.

Terima Kasih.
Read More

Friday, May 3, 2013

Kek Lapis Sarawak - Resepi Kek Lapis Horlicks

| |
0 comments

RESEPI KEK LAPIS HORLICKS


HARGA YANG KAMI TAWARKAN untuk KEK LAPIS HORLICKS:
Cute Pack (4" x 2.6" x 2.5" / 300 Gram) RM 15.00
Super Pack (8" x 2.6" x 2.5" / 600 Gram) RM 25.00
Mega Pack (8" x 8" x 2.5" / 1.5 Kg) RM 75.00
TEMPAH SEKARANG!

Bahan-bahan Kek Lapis Horlicks

1. 10biji telur ayam
2. 1 packet kecil horlicks
3. 1 tin sederhana susu pekat manis
4. 16oz@450g mentega
5. 1/2 gelas gula halus
6. 1 gelas tepung gandum
7. 2 sudu kecil essence vanilla
8. 1 sudu makan ovallette
9. 1 tin besar seri kaya


Cara-cara membuat Kek Lapis Horlicks

1. Pukul mentega bersama gula.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Campurkan mentega, gula dan telur yang telah dipukul tadi.
4. Kemudian pukul hingga kembang campuran ketiga-tiga bahan tersebut.
5. Masukkan susu pekat manis kemudian pukul selama satu minit.
6. Lakukan proses yang sama untuk horlicks, seri kaya, tepung, vanilla essence dan ovalette.
7. Terus pukul semua bahan tadi sehingga sebati selama 10minit.
8. Bakar lapisan menggunakan api atas sahaja pada suhu 180.
9. Bakar 3 sudu makan adunan bagi setiap lapisan.
p/s: Pada suhu 180, anda boleh memulakan bakaran lapisan seterusnya selang 10 ke 15 minit.

Sebagai tanda penghargaan anda atas perkongsian resepi Kek Lapis di atas, sila LIKE'S Facebook fan page kami di Kek Lapis Aura Emas.

Terima Kasih.

Read More

Thursday, May 2, 2013

Kek Lapis Sarawak - Kek Lapis Masam Manis

| |
0 comments

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS



Bahan-Bahan Kek Lapis Masam Manis

1. 450 g mentega
2. 190 g gula halus (mat guna 150g)
3. 10 biji telur gred A
4. 300 g biskut "Marie", dikisar halus
5. 1 tin kecil susu pekat manis
6. 85 g seri kaya
7. 1 camca teh esen vanilla
8. 2 bungkus asam manis (Haw Flakes), setiap bungkus ada 10 pack
9. 1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning


Cara membuat Kek Lapis Masam Manis

1. Panaskan oven pada suhu 180C dengan api atas dan bawah.
2. Lenser loyang dengan mentega serta alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
3. Pukul mentega bersama gula halus hingga putih sambil masukkan telur satu persatu
4. Pukul adunan tersebut hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Teruskan memukul adunan sehingga sebati.
5. Perlahankan kelajuan memukul adunan, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis
6. Tuang esen vanilla ke dalam adunan dan gaul hingga semua rata.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan masukkan  pewarna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian.
8. Kacau sehingga rata.
9. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning dan bakar hingga masak.
10. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning dan Susun haw flakes.Bakar hingga masak.(kali ini tukar pada api "grill" sahaja)
11. Ulang langkah yang sama untuk lapisan hijau dan merah.

Read More

Wednesday, May 1, 2013

Hubungi Kami - Kek Lapis Sarawak Aura Emas

| |
0 comments
Terima Kasih atas minat anda pada produk dan perkhidmatan kami. Kami di Kek Lapis Sarawak Aura Emas membekalkan dan memasarkan Kek Lapis Sarawak di Semenanjung Malaysia dan beroperasi di Jalan Lurah, Johor Bahru (berhampiran Hospital Permai, Johor Bahru). Kami menghasilkan Kek Lapis Sarawak 'Home Made' yang berkualiti tinggi dan memenuhi rahsia keaslian Kek Lapis Sarawak tradisional. Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan adalah berasaskan resepi rahsia turun temurun dari Bumi Kenyalang.

Kami juga sentiasa membuka peluang kepada mana-mana individu perseorangan atau pemborong yang berminat untuk memasarkan produk kami dengan berurusan terus dengan kami. Kami juga membuka jualan Kek Lapis Sarawak secara tempahan kepada individu perseorangan. Untuk menghubungi kami, anda boleh menggunakan mana-mana saluran seperti yang disediakan di bawah. Kami sentiasa bersedia membantu anda.

Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh menghubungi kami :

Executive Manager : Puan Salmiah Binti Salleh
Phone No : 0198799856 / 0198799857
Email : auraemas13@gmail.com
Facebook ID : Kek Lapis Sarawak Aura Emas

Sekiranya anda tidak dapat menghubungi kami melalui talian yang disediakan, sila tinggalkan pesanan ringkas (SMS) ke nombor yang tertera. Kami akan menghubungi anda dengan kadar segera.


Sekian,
Terima Kasih.

Ramzi Bin Bakri
Unit Pemasaran Aura Emas.

Read More

Tentang Kami - Kek Lapis Sarawak Aura Emas

| |
0 comments
Bismillahhirrahmanirrahim,

Asslamualaikum Warrahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Datang kepada semua ke laman blog Kek Lapis Sarawak Aura Emas. Pertama sekali, kami ingin memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana atas kurnia dan izinnya maka kami dapat mengadakan laman blog yang tidak seberapa ini dalam usaha kami meningkatkan lagi pemasaran dan memenuhi permintaan para peminat Kek Lapis Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia. Kami berbesar hati kerana anda sudi meluangkan masa untuk melawat halaman blog kami dan kami sentiasa berusaha dalam memastikan agar kami dapat memberikan informasi dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Laman Blog Kek Lapis Sarawak Aura Emas ini adalah laman blog yang banyak menyediakan informasi berkaitan dengan Kek Lapis Sarawak serta menyediakan perkhidmatan tempahan Kek Lapis Sarawak sepanjang tahun. Laman blog ini adalah hak milik sebuah syarikat bumiputera 'Sazi Cake House' yang diasaskan oleh anak jati Bumi Kenyalang iaitu Puan Salmiah Binti Salleh. Beliau berasal dari Kampung Sri Tajo, Kota Samarahan, Sarawak. Sazi Cake House didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Johor Bahru pada 12 May 2013 dengan nombor pendaftaran JM0658536-T.

Aura Emas adalah salah satu 'branding' yang digunakan oleh syarikat Sazi Cake House dalam memastikan pelanggannya dapat melihat kelainan dan keunikan sebenar Kek Lapis Sarawak keluarannya. Ini juga bertujuan memastikan pelanggan tidak terkeliru dengan Kek Lapis Sarawak keluaran syarikat yang lain. Sazi Cake House beroperasi di bandar Johor Bahru. Pembuatan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan oleh Sazi Cake House adalah berkualiti tinggi kerana ia dihasilkan secara 'Home Made' dan mempraktikkan penghasilan daripada resepi asli turun temurun dari negeri Sarawak yang diwarisi oleh Pn. Salmiah daripada generasi yang terdahulu. Rahsia resepi yang digunakan oleh Pn.Salmiah telah menjadikan Kek Lapis Sarawak Aura Emas mempunyai peminatnya yang tersendiri di Semenanjung Malaysia. Ini kerana kelainan rasanya yang sangat ketara.

Untuk menikmati rasa Kek Lapis Sarawak tradisional yang asli, kini anda tidak perlu membuat tempahan dari Kuching Sarawak kerana semuanya telah tersedia di sini. Kami di Kek Lapis Sarawak Aura Emas akan memastikan anda mendapat Kek Lapis Sarawak yang benar-benar segar dari Oven. Teruskan melayari laman blog kami untuk mengetahui banyak lagi keunikan dan keistimewaan produk Kek Lapis Sarawak keluaran kami.


Ikhlas,










Salmiah Binti Salleh

Pemilik Sazi Cake House
(Pengasas Kek Lapis Sarawak Aura Emas)
Read More
Powered by Blogger.